Wednesday, May 11, 2011

AIR MATA IBU

Dikeheningan pagi Isnin..
Di kala ramai orang sibuk mengejar masa ke tempat kerja..
Di kala makcik2 sibuk dengan menjual..
Di kala anak-anak kelam kabut takut lambat ke sekolah...

Di kala itu juga..
Ada seorang insan bernama ibu..
Menangis...merintih..merayu
pada sang anak...

Sepatutnya ke sekolah menimba ilmu..
malangnya, pagi buta dah ukur jalan..
merayau-rayau dengan basikal buruknya..


Di hadapan mataku..
ku lihat rayuan seorang ibu pada anak yang tak mendengar kata...
merayu agar anak terus ke sekolah..
merayu agar anak taat pada org tua..
merayu agar anak jadi orang berguna..

Adakah anak itu mendengar rayuan si ibu...??..


"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."

No comments:

Post a Comment